30 Tahun Revolusi Islami XXX
Suka aku pamerkan berkeping-keping gambar ketika kami sedang bertafannun dengan iwan yang empat. Sungguh pelik apabila tak seorang kita pun memukul gambar iwan utara seperti juga kita tidak memukul gambar kubah selatan dari bawah.
Ketahuilah oleh kalian, iwan ialah sebuah binaan kekubah serupa mihrab tetapi besar, berdinding pada tiga sisi tapi terbuka pada yang satu lagi, biasanya dijadikan sebagai pintu masuk ke dalam bangunan.
Asal-usul kata iwan ialah daripada kata ma'wa (مأوى) seperti yang termaktub di dalam Quran, Jannatul Ma'wa yang bermaksud tempat rehat atau tempat perlindungan. Adapun, binaan iwan berasal daripada senibina istana Empayar Sasan Parsi.
Pada tahun 1211 setelah berlaku kebakaran besar pada Jameh Masjid, ia telah diubahsuai daripada bentuk dewan hypostyle yang asal kepada sistem empat iwan. Selepas itu sistem ini menjadi piawaian kepada setiap masjid era Turki Seljuk. Kalau kalian google iwan pun akan keluar gambar masjid ini.
Sehingga awal kurun ke 19 terdapat sebuah Iwan Agung di Kubu Salahuddin di Kairo yang menjadi tempat bersemayam sultan-sultan Mamluk sambil mengadili rakyat. Pun begitu ia telah dimusnahkan oleh Muhammad Ali Pasha.

0 comments:
Post a Comment