Tuesday, July 8, 2014

Daud dan huruf diftong

Mengalahkan orang sudah menikah atau hendak beranak. Kami banyak bincang pasal nama untuk anak-anak. Padahal hak anak ke atas bapak yang pertama pun belum selesai iaitu mencari bakal mak untuk anak. Kebanyakan kami konservatif,nama sepatah, para Nabi atau para sahabat. Tak mahu nama-nama moden Melayu. Yang entah ada makna entah tidak. Yang lagi suka tak ada makna dari ada.

Adapun selepas, huruf diftong ialah apabila huruf vokal (huruf mad?) bertemu huruf vokal dalam satu kalimah. Contohnya kata-kata seperti air, daun, kain, duit, tuala dan laut.

Ketika menyebut kata diftong seolah-olah ada huruf yang menghubung antara dua vokal. Contohnya macam dalam lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu' Alleycats menyanyi ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~. Atau dalam lagu 'Suara Kekasih' dinyanyikan ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Pun bunyinya tidak jelas begitu cuma vokalnya seakan meluncur saja. Air seakah ayir, tuala seakan tuwala.

Adapun Daud, cara orang kita menyebutnya seperti diftong. Padahal cara betul menyebutnya ialah seperti nyanyian Alleycats iaitu ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~ atau ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Iaitu Dawood bukan Daud. Kerana huruf wau berbaris depan bukan mati.

Maka baharulah nama Dawud itu sedap bunyinya sesedap suara nabi Dawud a.s membaca Zabur dan tidaklah namanya berbunyi seperti sesuai untuk pakcik-pakcik zaman kita saja.


0 comments:

Post a Comment