Tuesday, July 28, 2015

Tabung Sedekah Jariah

30 Tahun Revolusi Islami III

Tabung sedekah jariah begini boleh ditemukan setiap 300 hingga 600 m di sepanjang jalan di setiap bandar.

* * *

The weird people are those who say that I am normal and the weird people are those who never show their true self and those who normal people like you say that they are normal.

Monday, July 27, 2015

Kestane


Mengadap Sultan Setambul XXVII

Sejuk dingin begini banyaklah orang menjaja buah berangan di keliling Setambul. Barangkali sudah musim. Di tempat kita orang suka bakar/goreng buah berangan dengan biji kopi. Tahun ini di Mesir pun, cuaca sejuk kembali setelah panas seminggu. Elok-elok dengan mula kuliahan konon sebagai ujian.

Saturday, July 25, 2015

Sepahan


30 Tahun Revolusi Islami XVII

Marilah kita kenali kota Esfahan secara umum. Tehran ialah bandar baru. Abad ke 20 baru buka. Sebab itu tak ada apa-apa (yang kena dengan selera aku). Tapi Sepahan, sejak abad ke 11 sampai 17 berkembang maju. Zaman Safavid dulu, Sepahan ialah ibu kota bukan Tehran.

Zaman dulu, Ibnu Sina yang popular tu hidup dan mengajar di Sepahan. Sebelum sampai Sepahan mesti lalu Qom. Bandar keramat Syiah tempat orang mengaji mazhab Syiah. Lagipon ada makam Fateme Masuma.

Sepahan bandar konservatif sikit. Perempuan-perempuannya pun banyak yang pakai chador. Kalau yang tudung jambul pun sikit saja keluar jambulnya. Nak ambil gmbar perempuan pun rupanya tak boleh.

Sepahan bandar lama. Jadi banyak jalan berhias, jambatan, istana, masjid, menara yang indah-indah dan ajaib-ajaib. Sebab tu orang Parsi kata Esfahān nesf-e jahān Sepahan separuh dunia. Kalau dah sampai sana tak payah jalan ke lain lagi. Cukup dah. Contohnya Chaharbagh Boulevard ni, ada kaki lima luas tengah jalan yang ada taman dan boleh buat tempat budak muda main skateboard, main badminton, main futsal? Kalau musim bunga lagi lawa.

Thursday, July 23, 2015

Bersih Perkasa



Jarang-jarang aku uplod video dalam blog ni. Tapi sekali-sekala lagipun ini kolaborasi antara Orang Muar dengan Sifu Gitar Dawud Soliman. Malah, dibuat dalam masa semalaman saja on the eve of BERSIH 2.0. Salut. Aku terbayang betapa machonya kalau aku dapat sarung jersi away Arsenal thn lepas duduk dekat Medan Tahrir main gitar nyanyi lagu budaya pembebasan. Tapi panas lah ...

Wednesday, July 22, 2015

Best Offers for iMeshbean® 250W 300W 500W 600W 1000W 2500W Grid Tie MPPT Power Inverter Converter for Solar Panel and Wind Turbine Generator System Stackable Pure Sine Wave USA (1000W Wind Input 22 - 60V AC)

iMeshbean® 250W 300W 500W 600W 1000W 2500W Grid Tie MPPT Power Inverter Converter for Solar Panel and Wind Turbine Generator System Stackable Pure Sine Wave USA (1000W Wind Input 22 - 60V AC)


iMeshbean® 250W 300W 500W 600W 1000W 2500W Grid Tie MPPT Power Inverter Converter for Solar Panel and Wind Turbine Generator System Stackable Pure Sine Wave USA (1000W Wind Input 22 - 60V AC)


Brand : i-mesh-bean

Sales Rank :

Color :

Amazon.com Price : $299.69




Features iMeshbean® 250W 300W 500W 600W 1000W 2500W Grid Tie MPPT Power Inverter Converter for Solar Panel and Wind Turbine Generator System Stackable Pure Sine Wave USA (1000W Wind Input 22 - 60V AC)


AC Input Voltage Range (Optional):22V ~ 60V AC ; AC Output Voltage Range: 90V ~ 130V AC; AC Output Frequency Range: 46Hz ~ 65Hz
Normal AC Output Power: 900W; Maximum AC Output Power: 1000W; Total Harmonic Distortion(THD): <5%; Power Factor: 0.99
Output Current Waveform: Pure Sine-wave;
MPPT Function; Over Current Protection; Over Temperature Protection; Reverse Polarity Protection; Anti-Island Protection; Stackable
Package includes: Grid Tie Inverter & Power Cord & User Manual

Descriptions iMeshbean® 250W 300W 500W 600W 1000W 2500W Grid Tie MPPT Power Inverter Converter for Solar Panel and Wind Turbine Generator System Stackable Pure Sine Wave USA (1000W Wind Input 22 - 60V AC)


• There are 5 terminals on the left side of the inverter, 3 red terminals will be connected to the three phase output from the wind turbine, and 2 black terminals will be connected to dump load resistors.


• There are 4 LED indicators, 3 green indicators and 1 red indicator, 3 green LED indicators will start to cycle from left to right when the grid and AC input supply is detected. This indicates the inverter is operating under normal condition. The rate of the cycling is according to how much power is being output from the wind turbine. The bigger the output power is, the faster the rate is. If there is no AC grid detected, the red LED will be on, the inverter will not put out power, this is called "Island Protection".




Search Result :

My eBay - Electronics, Cars, Fashion, Collectibles ...
This is the median price based on sales of this product in the same condition from all listings on in the past 14 days, or if there are any insufficient ...

Borj-e Azadi


30 Tahun Revolusi Islami II

Setiap pintu yang kami masuk, setiap lengkok yang kami belok, Phuong mesti akan berhenti sekejap. Satu, dua, tiga, empat eh mana Ekmal? Bila cukup, baru sambung jalan. Phuong yang mengaku sebagai kakak kami dan kami adik-adik dia terlalu caring tapi kadang-kadang jadi macam mak kami. Terlalu over-protective.


Bila dia tengok Muhammad pakai baju tipis, Aslam pakai selipar Croc dia kata, "Why do you wear like this? It is not enough. You will catch couw. Catching couw here is the worst."

Oh ya, sambil-sambil. Inilah dia Menara Azadi. Sebut betul-betul, o-zho-dhi. Pintu masuk dan simbol kotaraya Tehran. Phuong kata dia tak boleh nak bagitau apa-apa pasal menara ni sebab dia tak tau sangat.

Asalnya menara ini dipanggil Shahyad Tower atau Menara Peringatan Shah tapi selepas revolusi ditukar kepada Azadi Tower atau Menara Kebebasan.

Kami nampak banyak tingkap kat menara ni dan ingat nak naik tapi tak nampak pintu. Rupanya pintu masuk dia bawah tanah. Di dalam ada replika Silinder Cyrus, deklarasi hak asasi manusia pertama di dunia. Ironinya, menara ini direka oleh pereka berfahaman Baha'i, fahaman yang diharamkan di Iran.

Saturday, July 18, 2015

Masjid Bonda Sultan

Mengadap Sultan Setambul XXVI

Atau Masjid Baru bukan Masjid Biru. Mula dibina oleh Valide Sultan, Safiye Sultan di kawasan komersial Eminonu yang majoriti penduduknya Yahudi dengan niat suci murni demi meluaskan pengaruh Islam di kawasan itu.

Tapi binaan terhenti selama lebih separuh abad kerana pihak tentera menganggap pembinaannya sebagai satu pembaziran padahal mereka hendak menyekat pengaruh Valide Sultan di istana.

Akhirnya masjid ini disiapkan juga oleh Valide Sultan yang lain selepas binaan yang asal musnah terbakar atas nasihat arkitek kerajaan sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Valide Sultan ialah gelaran bonda kepada sultan yang memerintah. Sama seperti Bonda Maharani atau Maharani Balu dalam cerita-cerita Cina atau Queen Mother di England. Kedudukan ini adalah kedudukan yang paling tinggi dalam Empayar Uthmaniyyah iaitu nombor dua sahaja selepas sultan lantaran kedudukan ibu di dalam Islam -A mother's right is God's right- dan sudah tentu banyak memberi pengaruh dalam pemerintahan.

Friday, July 17, 2015

Aku tak minat buat tajuk panjang kononnya minimalis tapi tengah cuba buat tajuk panjang yang merepek macam dalam komik Crayon Shin Chan

Takde idea kejap.
Cuma, berapa orang yang buat entri pasal Hari Guru dalam blog dia hari ini?
Seperti juga, berapa orang yang buat entri pasal Nakbah semalam?
Dan berapa orang pulak yang tulis entri pasal rusuhan kaum 13 Mei dua tiga hari lepas?

Awak nampak biru

Kepul-kepul awan-gemawan bercotek-arek berceretak nampak cantek bagai kapal berlayar di laut langit yang juga biru.

Selisih dengan kapal tangki Pontodromon Limassol.

Serupa Tebing Putih di Dover, baki lagi ia kelabu.

Secalit pesawat melintas.

Anarki di Athina XXXIV

Wednesday, July 15, 2015

Kertas yang paling mahal

Dulu, ralit-ralit belek duit kertas aku terfikir, kenapa orang anggap duit bernilai sangat. Cuba fikir pakai logik bodoh atau logik tinggi tahap Vulcan tidakkah pelik kita tengok orang sanggup menukar barang dengan dua tiga keping kertas berwarna? Ambil barang mahal dari kedai dan kita cuma bagi tauke kedai kertas saja.

Orang Cina ialah antara yang pertama menggunakan duit kertas. Kalau kamu orang tengok filem-filem Stephen Chow masa dia nak rasuah pegawai-pegawai Dinasti Ching tu, perasan tak kertas banyak-banyak yang dia ambik dari dalam lengan baju dia. Tapi itu macam surat pajak yang boleh tukar di bank kepada duit tahil ketul-ketul tu.

Di mana sebenarnya terletak nilai kertas-kertas ni? Pada huruf 'ta'nya kah? Sebab ada gambar Agong? Sebab ada bayang kepala firaun? Sebab ada gambar Queen? Sebab ada sain Gubenor? Sebab ada tulis nama Bank Negara? Sebab ada tulis nombor yang menunjukan nilai? Sebab ada ayat 'wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai'? Atau ada tulis 'this note is legal tender for all debts, public and private'?

Dulu aku ingat duit ni nilainya terletak pada simpanan emas setiap negara. Maka aku pun terbayanglah kalau macam tu UK banyak gila emas yang dia ada sebab duit dia mahal. Logik juga sebab dulu dia empayar besar, dah sedut emas di serata dunia. Kemudian aku fikir, negara-negara kecik pun ada emas jugakkah? Atau, kalau macam ni keringlah emas bumi tak pun habislah orang pergi korek atau kikis tinggalan-tinggalan purba yang banyak buat dari emas padu demi meninggi duit negara sendiri.

Masa orang Muar tengah obses dengan ekonomi, barulah aku tahu bahawa nilai duit kertas ni sebenarnya terletak atas kepercayaan orang saja. Sebab semua orang percaya kertas-kertas berwarna dan bergambar itu ada nilai. Semudah itu saja. Sesebuah negara pula boleh mencetak wang sesuka hati. Kalau perlu cetak banyak-banyak yang boleh membawa kepada inflasi. Maka begitulah ekonomi moden -agaknya- semuanya tersangkut atas zhon -andaian- saja. Tapi barangan tetap mengalir dan bertukar tangan.

Aku pergi ke sarafah -pengurup wang, bukan safarah, itu kedutaan- untuk tukar duit. Untuk memudahkan, orang sarafah menggenapkan wang yang akan diberi dan meminta dari aku dua genih setengah. Aku bagi syiling dua genih. Kemudian orang sarafah bagi balik duit syiling aku dan kata, "Qeemah da nus genih, 3ashan adeem." Ini nilanya setengah genih -lima puluh sen- saja sebab buruk. Aku dalam hati kata apahal pulak, kalau aku pergi keluar dapat jugak beli barang harga segenih. Tapi tak terkeluar. Macam biasa, demi memudahkan urusan aku buat-buat tak faham dan orang sarafah pun ambil jugak syiling aku tu.

Dalam sarafah, duit takkan ada nilai sekejap.

Tuesday, July 14, 2015

Pancing


Tuhan
Bermain pancing dengan kita
Kail tersangkut di mulut
Bila ditarik kita sakit
Lalu timbul dekat padaNya
Bila dilepas kita lega
Sedap
Lalu tenggelam jauh dariNya

Allahu yashfeek, Allahu yashfeek
In and out

Sunday, July 12, 2015

Pelabuhan Piraeus

Pagi itu tengah jalan dari bas nampak bangla ramai-ramai keluar pakai kurta kepiah secotek atas kepala. Nak ke mana? Ah baru teringat hari itu Hari Raya.

Sebagai perancang perjalanan, aku rasa tak lengkap kalau tak masuk cruise dari pulau ke pulau. Sebab Greece selain tanah besar sangat terkenal dengan kepulauan-kepulauan dan budaya hidup pulau satu trademark untuk Greece.

Pelabuhan Piraeus ialah pelabuhan penumpang terbesar di Eropah. Zaman dulu kala ada sebuah tembok panjang yang menghubungkan Athens dan Piraeus supaya walaupun Athens dikepung ia takkan terputus hubungan dengan laut. Zaman Uthmaniyyah ia dipanggil Aslan Liman iaitu Pelabuhan Singa (Singapura?) kerana ada patung singa besar di situ. Orang Itali turut memanggilnya Porto Lione. Datang sekarang ia kekal sebagai pelabuhan sibuk dengan 19 juta penumpang setahun yang menjadikannya pelabuhan ketiga terbesar di dunia.

Anarki di Athina XXXI

There's Something About Marriage


Satu benda yang aku tak faham ialah kahwin rahsia.

Ada kumpulan-kumpulan tertentu yang melaungkan kata-kata 'kikislah karat-karat jahiliyah'. Adapun untuk sesetengah pihak jahiliyah itu jadi berbeda-beda. Ada yang menafsir jahiliyah itu sufi, salafi, syi'i atau haraki. Dalam sibuk berperang dengan jahiliyah tafsiran masing-masing banyak pula yang lupa jahiliyah utama yang pelan diam meresap dalam semua. Jahiliyah sekularisma.

Mari menuding jari ke jihat barat seperti biasa.

Di barat mengikut acuan Hollywood, kalau ada orang yang cakap, "I'm getting married next month," dalam gembira kawan-kawan dia akan kata, "Oh man, why? We're still young, enjoy life," atau lebih berat lagi, "What? Married? Hahahahaha!" sebab di sana kahwin bererti end of life selain sesuatu yang memalukan, lame dan tidak cool.

Tapi kalau ada orang cakap, "Hey! Guess what? I got laid last night. With 'whoever name sounds sexy.'" dan kawan-kawan dia akan kata, "All right! Way to go man!" Kerana di sana hilang dara atau teruna sebelum kahwin ialah sesuatu yang membanggakan.

Secara mudahnya, orang barat suka menghebohkan kerja jahat sendiri dan kerja baik semacam kahwin disorok. Orang muda kita pun sekarang macam itu. Semakn menuju ke sana dalam tak sedar. Menyorok nikah kahwin. Barang baik itu janganlah disembunyikan. Malang, orang yang melaung supaya mengikis karat jahiliyah itulah yang kahwin rahsia.

Kasus-kasus kelakar

Kasus satu

Seorang perempuan menelefon seorang kawan dan bertanya," Engkau balik tahun ni?" Kawannya itu tak balik. Dia pujuk kawannya, "Jomlah balik tengok kawan-kawan kita kahwin." Kerana berbetulan memang ada kawan mereka yang bakal kahwin dan tidak merahsiakan. Dia pujuk berkali-kali, "Jomlah balik tengok kawan kita kahwin." Padahal dia sendiri yang nak kahwin. Busuk.

Kasus dua

Dua kawan sedang belajar di luar negara. Salah seorang kahwin tetapi kawan di tanah air tahu lebih dulu dengan alasan dia pemimpin besar sebuah pertubuhan besar.

Kasus tiga

Seorang perempuan juga, berkahwin tanpa pengetahuan rakan-rakan seumur. Tapi majlis pernikahan penuh dengan jemputan lain sampai pintu surau. Alasannya itu majlis pernikahan, majlis kenduri nanti jemputlah. Sudahnya rakan-rakan seumur tidak juga dijemput malah tak tahu pun kewujudan majlis kenduri. Tetapi budak-budak lain yang entah kenal entah tidak dijemput hanya semata-mata mereka dari kumpulan yang sama. Rakan-rakan seumur yang tidak ikut kumpulan tiada jemputan.

Merahsia pertunangan boleh diterima. Merahsia kerana tidak cukup bajet pun boleh lagi.

Ini bukan soal kumpulan itu dan ini tapi ini soal mentaliti dan kematangan. Tapi kalau ahli kumpulan tertentu yang buat macam itu nampaknya macam itu sebahagian ajarannya, nasiblah (sempat lagi). Macam mana tuan-tuan tubuh tu nak expect mengadap kita di hari tua bersama anak-anak masing-masing sedang dalam kepala aku berputar dulu-dulu masa kau nak 'valid'kan proses membuat anak tu aku tak tahu pun atau tak jemput aku pun. Aku tak taruh dendam malah don't give a damn tapi aku ingat.

Ini akibat terlalu lama berjauhan dengan orang tua, hidup sendiri-sendiri sama-sama, belajar faham-faham yang entah apa dan akhirnya sudah tak faham lagi adab, adat, budi bahasa dunia. Tak tahu lagi siapa yang patut diberitahu dan siapa yang tak patut. Macam mana nak beritahu dan macam mana yang tak patut. Siapa yang patut dijemput dan siapa yang tak patut.

Dan sudah tentu tulisan begini akan dianggap golongan pengikis jahiliyah sebagai tulisan marah daripada ilmiah. Merahsiakan kahwin sesuatu yang menyusahkan. Tunggu sajalah kad dari aku.


Friday, July 10, 2015

Mesej Bidil

Slm.sht mal?exm cmne? Trskn usaha.keje lbh enjoy,tp risiko nyawa pt.so still lbh mdh study.cuma kene sbr sket..ok, slm ahl bit n mad.

Tuesday, July 7, 2015

Ong & Suwey

Manyak ong! Talak suwey munya.

Manyak suwey... Talak ong munya.

Kadang-kadang kita dapat banyak ong. Kadang-kadang kita suwey. Tapi semua itu.
Maktub.


Anarki di Athina XV


Monday, July 6, 2015

Akulah Lelaki Laut!

Haaa~

Umi no otoko nya yoo~

Oki no kamome mo yoritsukanu~

Oka no kakaa ga nakou to mo~

Dare ga toru yara ichiban mori~

Haa dancho ne dancho ne~

Aa tairyou da tairyou da~

Orang laut ni memang siot/Orang kapal ni memang sial. Ah, sia-sia puasa. Sengaja bawa kapal pergi pulau paling jauh dulu ...

Anarki di Athina XXXIII

Saturday, July 4, 2015

Kedai Vitamin

Mengadap Sultan Setambul XLI


Kami memulakan pendakian, kerana Galata berbukit, ke tujuan utama iaitu Jalan Istiklal dan Dataran Taksim. Melalui lorong-lorong yang sikit sempit dan berliku, perasan sebuah kedai jus macam yang di Mesir tapi versi Turki. Tapi tak beli pun sebab mahal cuma tertarik dengan nama kedainya saja. Vitamin Shop tapi bukan farmasi tapi jual vitamin secara alami.


Xin Nian Kuai Le


Amermeftah dan krew Petaijeruk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.
Hijrah itu Islah. Hijrah mengajak kita berubah.

Thursday, July 2, 2015

Masjid Sultan Az-Zahir Baybars 1269M

Masjid Zahir ialah masjid yang paling banyak disalahgunakan. Tapi bukan untuk tujuan politik semestinya. Pada zaman Napoleon ia menjadi kubu bernama Fort Sulkowski. Kemudian menjadi kilang sabun, kemudian bakeri. Pada zaman British ia menjadi stor tentera sebelum menjadi rumah sembelihan. Akhir sekali Raja Fuad menanam pokok hiasan di keliling dan di dalamnya dan dijadikan taman awam.

Masjid Zahir terletak agak terpencil daripada kawasan monumen Islam yang lain. Dibina ketika baginda baru mengasaskan kesultanan Mamluk dengan corak yang sama dengan Masjid Amru, Ibnu Tulun, Azhar dan Hakim. Masjid ini menjadi tempat perlindungan untuk pelarian Iraq dan Syria selepas serangan Mongol.

Juga masjid pertama yang dibina di Kaherah setelah pengaruh mazhab beralih dari mazhab Shafie -yang hanya membenarkan solat Jumaat didirikan di sebuah masjid sahaja dalam satu mukim- kepada mazhab Hanafi. Imam Jalaluddin As-Suyuti pernah mengajar di masjid ini.

Jika anda dalam perjalanan dari Abu Rish ke Arma menaiki bas pendek No. 14,No. 25, No. 30, atau No. 116, anda pasti akan mengelilingi masjid ini yang letaknya di Medan Zahir. Dulu aku selalu tertukar masjid ini dengan Masjid Ibnu Tulun atau Masjid Hakim.

Walaupun masih digunakan oleh penduduk tempatan, masjid ini berada dalam keadaan yang agak tenat. Kini ia sedang dipulihara. Sewaktu pergi melawat aku hampir kena tangkap dengan penyelia tapak sebab memukul gambar. Menurut penyelia tapak kerja-kerja mungin siap dua atau empat tahun lagi. Jadi aku terpaksa naik ke sutuh rumah orang untuk menengok keadaan di dalam.

Wednesday, July 1, 2015

Kemenangan Uncle Chot

Uncle Chot menang. Tapi junior aku yang taksub politik kata menang apanya Umno tak kalah. Macam bubuh penalti tak ada goal keeper. Esoknya junior aku yang aktivis gila ni bagi pulak artikel yang kata kemenangan Uncle Chot di Penanti ialah kejatuhan PKR. Lantaklah masing-masing.

Uncle Chot atau Chot Man, sebab ada satu orang lagi Chot, Chot Lah, ialah rakan sekerja abah. Pernah jadi bos abah sebelum abah ganti dia. Dia berhenti kerja situ pun sebab kononnya nak jadi setiausaha politik Anwar. Memang orang Anwar sejak Anwar masih Umno lagi.

Bila Anwar kena sack, dia antara orang pertama ikut Anwar keluar dan bila Parti Keadilan Nasional mula tertubuh dia jugalah antara penggerak awal sekurang-kurangnya peringkat Pulau Pinang. Kira golongan awa'il lah. Rumah dia ialah rumah pertama yang mengibarkan bendera Keadilan sekurang-kurangya di kawasan Tingkat Bukit Kecil Dua. Masa tu, bendera PKR belum ada calit merah lagi.

Aku kurang memori tentang PRU tahun 90. Walaupun Kelantan dimenangi APU waktu tu. Aku cuma ingat bila balik kampung, banyak sangat jumpa pintu gerbang APU, Angkatan Perpaduan Ummah gabungan PAS dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM. Waktu tu kalau jumpa poster Ku Li kami masih akan tabik.

Aku ingat masa PRU tahun 95 waktu tu baru darjah lima. Tapi dalam kelas duk sibuk pasal politik. Zaman tu, siapalah nak sokong PAS. Seingat aku yang sokong PAS hanyalah aku, Nik Mohd Ridhwan dan Ahmad Amjad. Sekarang aku tak tahulah budak-budak tu tapi PAS masih parti pilihan aku. Budak-budak yang lain semua biru.

Masing-masing gaduh berdebat. Paling kuat berdebat biru berkarat Saiful Azri tapi budaknya sembahyang kuat. Sampai si Marlissa Musa pulak siap kata P-A-S, Parti Ajaran Sesat. Entah apa yang sesat yang PAS dah buat aku pun terpinga-pinga. Mak bapak aku di rumah sembahyang bang saja lagi. Entahlah agaknya dia orang ni dah khatam kutub sittah tak tahulah.

Tapi itu zaman Jakpa Tonggek tapi kau orang jangan, orang sekarang pun ada lagi yang cakap macam tu dekat PAS. Pemikiran Jakpa Tonggek. Sekali tu budak-budak tanya dekat cikgu Alam dan Manusia siapa yang akan menang PRU. Cikgu tu pun jawab errr... Buat-buat hesitate konon neutral. Lepas tu jawab BN kot padahal dalam hati dah yakin for sure BN menang.


Sekolah rendah aku memang bodek Umno habis. Maklumlah sekolah harapan negara. Sekolah Melayu Tertua di Malaysia pulak tu. Cuba tengok dalam buku sejarah tingkatan satu.

Aku ingat lagi, satu Taman Sri Nibong tak ada siapa berani pacak bendera PAS kecuali Uncle Aziz sebelah rumah (dia panggil Uncle Chot, Chut). Orang Pulai Chondong, dia memang kaw-kaw punya. Hijau luar dalam. Sebab dia tahu abah pun sokong PAS maka dia pacak bendera tu kat pagar antara rumah kami.

Sekali tu Arifin dengan Anis anak Uncle Harun naik basikal lalu depan rumah kami cakap eleh nanti kita pasang bendera BN lagi besar. Tapi tak pasang pun, nak kata takut tak relevan, over-confident kot.

Masjid Jamek Sungai Nibong lagi best. AJK masjid kena conquer dengan Jawatankuasa PAS kawasan. Tok bilal dia, Pak Leh, YDP PAS kawasan. Dia ni patutnya jadi Sultan Brunei tapi sebab tok nenek dia lawan British jadi kena buang.

Tok imam muda, Ustaz Taufiqurrahman lagilah. Masa PRU 99, sebelum dan selepas PRU dia bantai cukup-cukup dalam khutbah. Sampai abah kata ada orang Umno bangkit keluar pergi sembahyang kat masjid lain sebab tak tahan. Khutbah semua sendiri punya, bukan macam kat Kelantan nun. Kena cengam dengan MAIK.

Macam itulah, manisnya jadi orang dagang. Tapi bila aku tanya orang Muar, bukan orang Muar secara umum, ni orang Muar watak dalam hidup aku, dia kata dia rasa biasa saja. Katanya sebab orang Johor baik-baik kot. Apa kata aku kahwin dengan orang Johor, anak orang Umno? Murkalah Ayahanda Patih Megat...

EMRO


Sekali lagi aku mengikut rapat dan menjadi saksi obsesi Wamap. Kali ni dia obses dengan Kucing Mau Mesir. Famili Wamap memang penggemar kucing tegar. Sanggup habis lapan ratus untuk beli kucing. Siap orang pecah rumah curi kucing lagi.

Maka aku dengan semangat setiakawan pun turutlah Wamap sama-sama mendaki bukit Mokattam bonceng motor cabuknya itu. Bergegar-gegar motor Wamap panjat bukit lagi-lagi kena tangung aku yang besar gajah ni. Kalau orang mengandung maunya gugur dah. Cuak aku takut relai motor tengah jalan.

Ini kali kedua aku sampai Mokattam. Mokattam pada aku suatu wonder. Nun di atas bukit sana terpisah dengan dunia luar ada satu lagi bandar yang cukup lengkap dengan KFCnya, Pizza Hutnya, Kheir Zamannya. Tapi kalau tuan-puan yang rajin talaqqi dengan Sheikh Dr. Yusry Jabir al-Hasani mungkin dah biasa.

Dekat sinilah Wamap nak cari EMRO atau Egyptian Mau Rescue Organization yang dia jumpa dalam internet ketika memenuhi tuntutan obsesinya. EMRO ialah sebuah agensi bebas yang dibiaya oleh pihak persendirian atau derma dari korporat-korporat.

EMRO menawarkan khidmat veterinari selain memberi didikan kepada masyarakat agar lebih menyayangi kucing. Selain itu EMRO juga menerima kucing-kucing dari tuan yang sudah tak mampu atau tak mahu bela. Selain 'menyara' kucing-kucing jalanan sekitar Mokattam, EMRO juga menjadi agensi 'anak angkat' untuk sesiapa yang sudi menagmbil kucing-kucing Mau dari situ. Itulah niat Wamap datang ke sini.

EMRO pernah masuk dalam National Geography.

Vet dekat situ yang kasi tour.

Tempat tinggal kucing-kucing. Sofa disediakan untuk kucing cakar. Ini masa makan.

Terjegil.

Bilik bedah.

Kucing dalam wad, baru lepas kena operate.

Receptionist kat opis.

Kucing-kucing sayang Wamap.