Saturday, May 17, 2014
Friday, May 16, 2014
kita
Thursday, May 15, 2014
.
Semalam
genap setahun entri bongok
yang cukup setahun membuktikan
kebebalan aku memperbodohkan diri
mengejar bayang
dalam khayalan mimpi dunia palsu
dari keringat-keringat itu
bangkitlah kita
mengutip saki-baki
kepingan jiwa
aku dengan Engkau
menentang dunia
Caliph of Cairo
Tajuk kecil dalam Bahasa Inggeris di atas ialah tajuk sebuah buku yang dijual di toko buku AUC. Di sebelah barat, saya percaya apabila disebut perkataan caliph sudah tentu yang wujud dalam fantasi mereka ialah Kota Baghdad. Pun, begitu buku ini -saya belum baca, bajet saja- cuba menarik perhatian pembaca dengan menyatakan bahawa Kota Kairo juga pernah menjadi a seat of caliphs.
Walaupun tajuknya berbunyi umum tetapi buku ini ditujukan khusus kepada seorang tokoh yang tidak asing dalam tarikh Mesir iaitu Abu Ali Mansur Al-Hakim bi Amrillah. Saya pernah beberapa kali membuat ulasan tentang khalifah yang terkenal dengan aneh lakunya dan sering digambarkan sebagai ganas dan gila. Baginda ialah khalifah keenam bagi Khilafah Fatimiyyah dan Imam ke-16 bagi Syiah Ismailiyyah.
Ketika al-Hakim baru naik takhta, sebagai reaksi kepada polisi mencaci-maki Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman serta Sayyidatina Aishah, pihak Sunni di Baghdad melancarkan 'Manifesto Baghdad' yang disebarkan melalui minbar khutbah menuduh baginda bukan dari keturunan Sayyidatina Fatimah kerana konon ibunya seorang Kristen. Dalam pergelutan dengan pihak Sunni ini baginda memansuhkan solat dhuha dan solat terawih kerana dikatakan bidaah ciptaan Sunni. Malah atas sebab yang sama baginda menukarkan seruan assolatu khayrun min an-naum dalam azan subuh kepada hayya 'ala kayrul amal yang diguna pakai Syiah sehingga kini.
Agama lain turut 'disentuh' al-Hakim. Setelah mengharamkan sambutan Easter, baginda mengarahkan agar Gereja Makam Suci di Al-Quds dimusnahkan. Dikatakan, arahan beliau ialah sebagai reaksi terhadap tuduhan bahawa ibunya seorang Kristen. Ketika hujung hayat baginda muncul pula ajaran Druze yang mengangkat baginda sebagai tuhan. Sesetengah pihak meriwayatkan baginda sendiri mengaku menjadi tuhan. Pun, sedikit sebanyak disangkal apabila baginda sendiri menghukum salah seorang pengasas ajaran ini yang mensucikan baginda.
Antara undang-undang pelik yang digubal al-Hakim ialah melarang memakan molokhia dan gargir, makanan Mesir turun-temurun. Mengharamkan permainan catur. Melarang nelayan menangkap ikan tanpa sisik dan melarang marhaen membeli serta memakannya. Melarang penyembelihan lembu kecuali pada Aidiladha.
Mengharamkan wanita keluar rumah dengan melarang tukang kasut membuat kasut untuk mereka -larangan ini diragui kerana mungkin diada-adakan musuhnya kerana mungkin timbul ekoran catuan bahan kulit untuk persediaan perang. Larangan terhadap wanita inilah dikatakan membawa kepada budaya fannus di bulan Ramadan. Di mana wanita dibenarkan keluar rumah pada malam Ramadan tetapi dengan syarat ditemani anak-anak lelaki yang akan membawa tanglung tembaga sebagai isyarat kepada kaum lelaki supaya ke tepi kerana ada akhawat nak lalu.
Suatu ketika madu lebah seluruh Kaherah dikumpulkan dan dicurah ke dalam Sungai Nil.
Sebaliknya, menurut sumber Ismaili, al-Hakim hidup serba ringkas dan sederhana. Gemar bertegur-sapa dengan rakyat jelata di jalanan sambil bertukar-tukar lawak jenaka dan pada sebelah malam pula sering merayau-rayau keliling kota untuk mengintip perjalanan negara.
Baginda yang semakin lama semakin gemar berkhalwat 'hilang' pada umur 36 tahun setelah menaiki keldai ke Bukit Mokattam tanpa pengawal. Keldai baginda ditemui berhampiran sebuah perigi bersama pakaian berlumuran darah. Ramai percaya bahawa kehilangan baginda berkait rapat dengan Sitt al-Mulk, kakak baginda yang sentiasa tidak setuju angin dengannya. Golongan Druze pula percaya beliau telah ghaib dan bakal muncul semula sebagai Mahdi.
Kesimpulannya, siapa tak mengaku/dianggap tuhan kalau buat peraturan dan arahan pelik pun menonong-nonong orang taat.
Wednesday, May 14, 2014
Bakul Raga
"Keh, keh, keh, takpe,takpe."
"Tapi lain kali bagilah salam dulu, mintak izin."
Gezirah Balah, Gezirah Malah XXI
"Tapi lain kali bagilah salam dulu, mintak izin."
Gezirah Balah, Gezirah Malah XXI
Monday, May 12, 2014
Teksi Palang
Kat Sikkah jalan macet. Mamat bosan-bosan boleh pulak dia gobel tangkal azimat apa entah yang ada ukiran Perawan Terberkati Maria yang tersangkut kat cermin pandang belakang. Munir kata, "Hang ni tak boleh dok diam ka?" Mamat gelak.
Teksi jalan lagi sangkut-sangkut. Tiba-tiba drebar pasang radio. Mula-mula lagu. Lama-lama 'Iza'atul Qur'an' -Radio Qur'an. Tiba-tiba je drebar ni. Munir nak tergelak, aku senyum. Lama lagi, dia mula ikut-ikut orang mengaji, mendayu-dayu lagi. Mamat paling belakang kata, "Apahal macam pelik je mamat ni."
Lama lepas tu drebar teksi mengeluh pulak, "La ilaha illallah, Sayyidina Muhammad Rasulullah." Munir dengan aku nak tergelak lagi.
Jalan pun lega. Sampai dekat belok nak masuk Abbas Akad drebar tanya Mamat, "Kau belajar Azhar?" "Tak, Ain Shams," Mamat jawab. Bila dah nak dekat Sarag Mall drebar tu pun kata, "Aku pun muslim jugak sebenarnya, tuan kereta ni je yang Kristen, aku cakap ni sebab tadi aku nampak kau orang dok gelak-gelak kat aku tadi."
Begitulah ...
Piyu
Lepas puas main pasir, mian air dan main api, budak-budak mula belajar melukis. Melukis ya bukan menulis. Mungkin sebab belum diajar menulis tapi walaupun dah belajar menulis, budak tetap lebih suka melukis.
Sebab dengan melukis budak-budak boleh mengeksperesi diri masing-masing. Meluahkan segalanya. Dengan melukis budak-budak lebih bebas berkhayal. Lebih bebas tanpa perlu tertakluk pada hukum-hukum tatabahasa.
Tapi lama-lama bila dah diasuh menulis, budak-budak pun dah lupa melukis. Otak budak-budak pun dah diatur untuk menulis yakni mengikut gerak tangan yang dah ditetapkan, dikepung hukum-hukum tatabahasa sampai yang dulu-dulu pandai melukis dah jadi tak reti.
Zaman kecik dulu lebih kurang empat tahun kot umur sebab abang aku darjah satu masa tu, tak ada sapa nak jaga aku di rumah. Jadi abah akan angkut aku sekali pergi opis dia.
Jadi aku pun membesar di opis bapak aku setiap hari sampai waktu lunch. Sementara abah buat kerja dia akan bagi aku sebatang pensel HB yang warna merah tu dan sekeping kertas.
Aku pun buatlah apa yang budak-budak lain suka buat yakni melukis. Antara lukisan awal aku yang paling diingati ialah penyu. Aku pun tak tau kenapa aku suka lukis penyu. Tapi lukisan paling awal aku bukan penyu, lain kali.
Aku pun lukis bapak penyu, mak penyu, anak penyu, abang penyu, adik penyu, tok wan penyu, mak tok penyu, cucu penyu, mak menakan penyu, sepupu penyu, mak menakan pupu penyu, kandang penyu, telur penyu.
Bila sampai waktu lunch, abah akan hantar aku balik sebab mama pun dah balik dari mengajar di Sekolah Perempuan Cina Peng Hwa. Sebelum balik kami berhenti kat Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dulu, ambik abang aku.
Setiap hari dia akan tanya aku soalan yang sama, "Hari ni makan apa?" Aku pun jawab,"Biskut." Abang aku pun terus balas, "Biskut laaagi." Aku pun gelak. Sebab benda tu memang berulang tiap-tiap hari.
Ya, biskut assorted sebagai bekal kat opis abah. Aku ingat lagi biskut yang inti jem blackcurrant sebab aku tak suka. Tapi aku makan jugak tak kata apa sebab dari kecik aku memang patuh, taat, setia, pasif, penakut, tunduk serta tidak menentang.
Macam ginilah ghope penyu yang aku lokih jaman kecik dulu ...