Wednesday, July 16, 2014

Ayor Masen

Kami tak nampak apa-apa melainkan ...

...air...

...air...

...dan air.
-Vasco da Gama-

Orang kapal takut kami mengamuk bosan, jadi dia orang panggil kita orang turun dek bawah dan ajar kita orang tarian Yunan.

Budak Jepun dan bapaknya berlayar berdua saja. Anak-beranak Jepun memang bagus. Sepanjang pelayaran baca buku saja. Bapak dia nampak macam Hiroshi Nohara.

Tiba-tiba orang di atas menjerit ...

Anarki di Athina XXXV

Monday, July 14, 2014

Masjed-e Qubbat-e ’Azim

30 Tahun Revolusi Islami XL

Burung merak di puncak kubah dengan ekor bercahaya.

Masih di dalam Masjid Sheikh Lotfollah. Adapun nama tajuk itu ialah nama lain untuk masjid ini yang maknanya ialah Masjid dengan Kubah yang Agung.

Adapun Sheikh Lotfollah itu ada royat membarikan beliau ialah seorang ulama dari Lubnan bermazhab syiah tentunya yang melarikan diri lalu langsung akhirnya menjadi mentua Shah Abbas II. Pun, pendapat yang lebih kuat ialah beliau merupakan imam pertama di masjid ini berdasarkan rekod tangga gaji dalam simpanan bendahari negara yang menunjukkan gaji beliau datang terus dari sumber keluarga diraja.

Masjid ini dihiasi dengan ayat-ayat Quran dengan khat thuluth di sekeliling kubahnya dan pada dindingnya yang menunjukkan perbezaan antara Syiah Imamiyyah dengan Ahli Sunnah serta penentangan Parsi terhadap Osmaniyyah.

Pada kubah dalam siri yang lepas misalnya, tertera ayat-ayat dari surah al-Insan, as-Shams, al-Kauthar yang menekankan kesucian jiwa dan balasan bagi mereka yang menyimpang dari jalan Tuhan -merujuk kepada Osmaniyyah.

Dalam ruang solat pula -sanctuary- dihiasi dengan surah al-Bayyinah selain syair-syair tawasul dan permohonan syafaat daripada Ahlul Bait dan Imam yang dua belas.

Mat, Ayip, Asle boleh ingatkan tak nama minah ni?

Apa yang menarik ialah pada bahagian dalam kubahnya yang seakan-akan bertukar warna daripada kebiruan kepada kekuningan mengikut peredaran matahari dan perubahan cahaya. Lebih menarik lagi, seperti yang diterangkan seorang gadis tempatan yang aku lupa namanya. Ditengah-tengah kubahnya kelihatan seolah-olah ada seekor burung merak dengan cahaya sebagai ekornya.

Sunday, July 13, 2014

Pendoa yang Ikhlas


Ya, aku masih restless, adui Ammar, baik budak tu...
-dalam sungkawa-

Kapal Laut

Bila aku tengok gambar paling awal dan paling akhir, baru aku sedar kapal laut masih lagi pengangkutan yang popular.

Teka teki budak sekolah rendah,

Tukang teka: Kapal lalu di mana?
Tukang jawab: Kat laut la.
Tukang teka: Salah, lu punya kepala kat sini la (sambil tonjol kepala kawan).

Anarki di Athina XXXII

Friday, July 11, 2014

Kutu Malam Shomal Tehran

30 Tahun Revolusi Islami VII

Malam kami merayau-rayau Tehran. Berlima kami saja tanpa panduan. Nak cari Hotel Firouzeh yang kononnya boleh ejaskan trip untuk main ski. Tanya pakcik metro, "Kei metro...?" "Yozdeh," dia jawab. Budak muda sebelah dengan muka bangga seolah dalam hati kata, "Amacam? Faham?" Oh, metro habis pukul sebelas rupanya. Dah sunyi, satu dua kedai buka lagi. Kedai-kedai pasang bendera sambut revolusi.

Musavi Agha, tauke hotel tanya, "Don't you know me?" Kami geleng. Dia pun penuh bangga ambil buku Lonely Planet Iran dan tunjuk nama dia dekat bahagian Hotel Firouzeh. Kami kononnya nak ke Shemshak atau Dizin yang letaknya dua jam dari Tehran. Musavi Agha boleh tolong ejaskan transport. Kemudian ada beberapa mat dan minah saleh muncul seekor-seekor besar-besar dan nampak pro. Musavi Agha kata dia orang ni baru balik Dizin, tanyalah. Setelah bersembang-sembang, mat saleh tu tengok kami atas bawah bukan hina tapi kesian, dia pun anjurkan kalau kami baru kali pertama pergi Tochal pun dah cukup. Kalau Tochal boleh pergi sendiri. Dekat. Akhirnya kami kacau tidur Shaho sebab konon nak keluar setengah jam saja.

Tehran terbahagi dua. Janub dan Shomal. Utara dan Selatan. Kami tinggal di selatan, kawasan kelas menengah yang lebih padat, sibuk, sesak. Utara kawasan elit. Bukan itu saja beza Tehran utara dan selatan. Di selatan kering-kontang macam tak ada apa-apa berlaku. Langkah saja ke utara, nah...

Macam dah jadi tempat lain. Putih merata. Shaho yang call teksi ni. Teksi bermeter dan tidak scam malah tambang rendah sikit dari bajet. Dua kali saja pada aku memori tak bagus dengan teksi di Iran. Sekali masa nak cari stesen metro Mirdamad sebab salah faham dan prebet sapu dan sekali di Esfahan. Lain cerita. Walaupun masa baru sampai entah siapa pesan jangan ambi teksi, kalau tak Phuong, pilot Kambiz tu. Masa nak ke stesen bas ke Esfahan lagi best. Pakcik teksi tu dengar lagu Arab, Nancy Agram ke Shereen entah. Galak/gila pakcik tu, ikut nyanyi joget-joget sambil drive, "Ah! Ah! Ah!" Pastu bawak teksi macam orang Mesir berarak pengantin. Kiri kanan kiri kanan laju-laju. Nasib jalan kosong.

Begitulah...

Tuesday, July 8, 2014

Berita Basi

Tuut!... Tuut!... Pukul tujuh pagi. Inilah berita nasional dari Radio Satu Kuala Lumpur. Berita disampaikan oleh Mariamah Tijo. Sari berita penting...

Mounira, 14 April - Bunyi siul-siulan lebih kurang jam dua pagi yang mula-mula disangka budak-budak muda bermain-main yang kemudian ditambah laungan pakcik-pakcik yang disangka ada pergaduhan yang kemudian ditambah dengan jeritan makcik-makcik dan bunyi semakin ramai orang rupa-rupanya setelah dijenguk aku dari tingkap dan Apis dari balakon sebab ada rumah terbakar depan rumah kita orang. Asap mula-mula putih kemudian hitam kemudian ada bunyi meletup-letup dan nampak nyala-nyala merah api. Orang ramai cuba nak naik panggil orang yang mungkin ada di dalam. Paip gas besar di luar ditutup. Sekejap kemudian bomba sampai tapi susah pulak nak mencari pili. Nasib baik tingkat paling atas. Semua penghuni keluar dan aku yakin tak ada kemalangan jiwa sebab tak dengar cerita atau orang mengaji esoknya.

Kat bawah aku tanya Apis, "Kalau dia orang nampak aku amik gambar, agaknya dia orang penampar aku kan?"

p/s: Mariamah Tijo ialah rumet mak aku kalau tak di Alam Shah, di UKM.
p/s: Berita Hairan, Utusan Meloya, sekarang ni apa lagi? MalaysiaKona? Asyik kona cerita kot tu kot ni lagakan sama Pakatan Rakyat.

Daud dan huruf diftong

Mengalahkan orang sudah menikah atau hendak beranak. Kami banyak bincang pasal nama untuk anak-anak. Padahal hak anak ke atas bapak yang pertama pun belum selesai iaitu mencari bakal mak untuk anak. Kebanyakan kami konservatif,nama sepatah, para Nabi atau para sahabat. Tak mahu nama-nama moden Melayu. Yang entah ada makna entah tidak. Yang lagi suka tak ada makna dari ada.

Adapun selepas, huruf diftong ialah apabila huruf vokal (huruf mad?) bertemu huruf vokal dalam satu kalimah. Contohnya kata-kata seperti air, daun, kain, duit, tuala dan laut.

Ketika menyebut kata diftong seolah-olah ada huruf yang menghubung antara dua vokal. Contohnya macam dalam lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu' Alleycats menyanyi ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~. Atau dalam lagu 'Suara Kekasih' dinyanyikan ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Pun bunyinya tidak jelas begitu cuma vokalnya seakan meluncur saja. Air seakah ayir, tuala seakan tuwala.

Adapun Daud, cara orang kita menyebutnya seperti diftong. Padahal cara betul menyebutnya ialah seperti nyanyian Alleycats iaitu ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~ atau ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Iaitu Dawood bukan Daud. Kerana huruf wau berbaris depan bukan mati.

Maka baharulah nama Dawud itu sedap bunyinya sesedap suara nabi Dawud a.s membaca Zabur dan tidaklah namanya berbunyi seperti sesuai untuk pakcik-pakcik zaman kita saja.