Sunday, June 28, 2015

Kota Sarang Semut

"They will not fight against you in a body save in fortified towns or from behind walls..."
(59:14)

Rumah-rumah di Siwa dibina dengan bahan binaan unik yang dipanggil kharshif, campuran garam dan tanah liat. Kharshif dijemur sehingga kering membentuk bata.

Lumpur dicampur dengan rumput dan air sebagai simen. Setiap rumah dibiar kering selama dua hari terlebih dahulu. Setelah kering, dicat dengan jeer pewarna biru muda. Rumah-rumah Siwa dibina dengan pintu mengadap utara supaya angin masuk ke rumah.

Kebanyakan rumah-rumah di Shali rosak teruk setelah hujan lebat tiga hari berturut pada tahun 1926. Berbetulan dengan tahun bah air merah. Kharshif tidak kalis air.

"...their fighting between them is severe, you may think them as one body, and their hearts are disunited; that is because they are a people who have no sense."
(59:14)

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVI

Saturday, June 27, 2015

Jabal dan Ranah


Perumpamaan takabbur dan tawadhuk ialah seperti gunung dan tanah pamah.

Gunung itu kukuh, keras dan kaku sampai akar-akar pohon tidak mampu tembus masuk lalu ia gersang sedang tanah pamah itu lembut, lolos dan poros lalu dengan mudah akar-akar pohon tembus subur.

Gunung itu tinggi maka ia dingin sampai pepohon tidak mampu menahan hidup sedang tanah pamah itu hangat lalu sesuai untuk pohon nyaman merimbun menjadi pula tempat untuk menumpang teduh.

Dan apabila hujan turun air tidak lekat pada gunung yang tinggi curam itu tambah lagi tiada banyak akar pohon yang memegang air lalu ia kontang sedang tanah pamah itu lapang dan landai maka mampu menakung air.

Gunung itu tinggi, berandang, tampak ia dari kejauhan oleh sekalian khalayak makhluk sedang tanah pamah yang rendah tersembunyi dan hanya yang punya daya upaya bakal menemui.

Sungguh tiada salah pada jabal tiada juga pada ranah kerana keduanya tidak sanggup menanggung amanah. Melainkan sebagai misalan buat manusia sebagai fikiran. Sedang gunung atau jabal itu jika turun Kitab padanya, merendah diri ia dan akan pecah-belah dan hancur-luluh ia lantaran takutkan Tuhan.

Thursday, June 25, 2015

Ho Sik

Telinga kera
Antara lauk wajib kalau orang Cina sendiri yang makan selain batang sayur hijau mesti ada telinga kera goreng ni. Sekali lagi kena dengan selera Orang Muar, masam-masam.

Ka Meng
Hah, ini yang paling grand. Daging kambing masak sup pekat lada hitam. Aromanya, pergh! Dagingnya lembut sesekali macam span, sesekali macam getah. Tapi harganya pun grand beb.

Tang Chu Yue
Apa pun, ini yang paling best. Satu-satunya lauk yang diketahui namanya sebab Orang Muar salin. Ikan yang digoreng rangup kemudian disiram dengan kuah sweet and sour yang akan-akan masak merah. Yue adalah ikan.

Wednesday, June 24, 2015

Makan Gulai

Makan gulai Syed Faruk kahwin. Mapley ada tapi ponnu tak ada. Yang penting nak tengok ponnu. Kabarnya pakai niqob, mata macam Arab siap. Kabarnya lagi orang Kelantan. Syed Faruk dari titih keturunan Nabi. Mesti Sekufu. Entah Tok Seh mana yang dia jumpa di Kelantan.

Korea berasal dari perkataan Arab, 'Qaryah' yang bermaksud kampung.

Monday, June 22, 2015

Arz Odası

Mengadap Sultan Setambul XIX

Ialah Audience Hall atau balairong seri sultan Setambul. Dibina betul-betul di belakang Bab-üs Saadet dengan tujuan laman ketiga yang menjadi kawasan peribadi sultan tidak kelihatan dek orang luar. Selepas mesyuarat di bawah kubah tamat, setiap wazir mesti masuk seorang demi seorang melaporkan kepada sultan. Sultan akan duduk di atas takhta yang kelihatan seperti katil, bentuk takhta yang biasa bagi kerajaan-kerajaan besar sebelah timur.

Wazir yang menunjuk aksi yang baik akan dihujani dengan hadiah, pangkat dan jawatan tinggi manakala wazir yang menunjukkan aksi yang buruk kononnya bakal dicekik oleh sida-sida yang pekak dan bisu. Allahua'lam. Balairong seri sultan juga menerima duta-duta luar untuk upacara mencium kelim jubah sultan, adat istiadat biasa zaman pertengahan ketika mengadap raja tak kira di timur atau barat.


Pintu masuk ke balairong seri. Di sebelah kanan ada air pancut binaan Sultan Sulaiman I yang ada inskripsi Parsi berbunyi 'air pancut kemurahan hati, keadilan dan selautan kebajikan'. Kalau dapat tengok di hujung bawah sebelah kiri akan ternampak kisi-kisi tingkap dari emas tempat pameran hadiah-hadiah dari duta-duta untuk sultan.


Saturday, June 20, 2015

common question of the day

It's common question of the day here, not comment question of the day.

Untuk sesetengah orang, soalan paling kerap ditanya waktu-waktu begini ialah

"Nak ke mana cuti ni?"

Tapi untuk aku, soalan yang paling kerap ditanya ialah
"Bila nak balik?"

Malah soalan ni sudah mengatasi soalan popular sebelum ini iaitu
"Bila exam?"

Ada juga yang jujur, yang kering lurus dan patut diberi salut kerana selepas bertanya bila nak balik mereka tanya

"Ada apa-apa nak tolak?"

Jawapannya ialah, "Adui, sebelum tanya soalan tu, tanyalah dulu, keputusan dah keluar belum? Mestilah tunggu keputusan dulu baru balik. Lainlah orang-orang yang ada anak bini menunggu."

Ada satu budaya di Pantai Timur Semenanjung, bilamana mereka menerima tetamu atau orang dagang yang bertandang atau saudara-mara yang balik kampung. Soalan pertama yang akan ditanya ialah

"Pah bilo nok gi?"

Setengah orang mungkin tersinggung -termasuk bapak aku yang berasal dari Utara Semenanjung- kerana biasanya awal-awal baru berjumpa sudah ditanya soalan itu. Macam nak perhambat.

Menurut mama, orang tanya begitu kerana kadang-kadang mereka mahu tahu berapa lama lagi ada di situ, bolehlah dibuat rencana lebih kurang, ajak makan nasi atau sekali lagi bertemu mata bertandang.