Sunday, June 1, 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Selamat Tahun Baru Hijrah daripada...

...Dream Park.

Mentang-mentang ada orang belanja tiket VIP.

Kasihan, kecik-kecik lagi mak bapak dah paksa datang.

Mainan apa nama entah.

Kalau teringin nak jadi angkasawan, naiklah Enterprise kasi pas dulu.

Kalau nak rasa pengalaman duduk dalam lif yang terhempas, naiklah benda alah ni.

Kalau nak rasa pengalaman eksiden kereta yang tergolek 360 darjah, naiklah roller coaster.

Tapi masa naik tu tiba-tiba ada 'benda' jatuh.

Tapi boleh pakai lagi. Cuma keypad hilang. Kan dah kena tekan nombor pakai pen. Macam PDA lah pulak.

Aku sebenarnya taklah minat sangat dengan ide ke taman tema. Dulu-dulu aku cukup tak suka ke tempat-temat macam ni. Kalau pergi pun (Pesta Pulau Pinang atau Ekspo Kota Bharu) setakat tengok dan jaga adik-adik yang main saja. Tapi dah orang belanja. Kira kali pertama jugaklah ni betul-betul pergi.

0 comments:

Post a Comment