Saturday, November 29, 2014

Bachelor Party untok Israk IV

Sebuah minisiri Bursaid

Tarikh, 23 Disember 1956. 300 hingga 400 rakyat marhaen berkumpul di sekeliling tugu de Lesseps. Masing-masing penuh amarah sedang dalam tangan membawa apa-apa alat senjata yang mampu. Pisau, tukul, batang penyapu. Tujuan mereka hanya satu. Tugu de Lesseps harus tumbang. Simbol penjajah itu harus musnah. Dua tiga orang cuba memanjat patung itu. Bendera Union Jack dan Tricolor dalam tangan de Lesseps tapi macet. Licin. Sampai ada orang datang bawakan tangga bomba. Tiga ketul TNT dipasang pada kaki de Lesseps. Boom! Letupan kuat berdentum. Asap hitam berkepul. Lamun, de Lesseps tetap tegap gagah. Enam ketul TNT dipasang. Kaboom! Kaki kanan de Lesseps berlubang. Tetap tidak goyah. Cuma bongkok sedikit ke depan. Marhaen makin marah. 12 TNT dipasang. Teboboom! Akhirnya de Lesseps jatuh terkulai menyembah muka laut. Ia disambut dengan tepukan dan tempik sorak rakyat marhaen serta linangan air mata kegembiraan tanda kemenangan dan tembakan mesingan.

Tugu de Lesseps

Ferdinand De Lesseps ialah orang yang bertanggungjawab membangunkan Terusan Suez. Setelah 30 tahun projek itu selesai, tugu de Lesseps dibina pada pintu masuk terusan di bandar Port Said. Tugu gangsa setinggi sepuluh meter itu menggambarkan de Lesseps dengan tangan kanannya mengalu-alukan kapal yang memasuki terusan dan tangan kirinya memegang surat watikah dan peta terusan. Ketika Krisis Suez, bagi menandakan tamatnya milikan Terusan Suez oleh orang Eropah, tugu de Lesseps dimusnahkan. Datang sekarang, patungnya masih ada di Port Fouad.

Cerita penuh di sini.

0 comments:

Post a Comment