Monday, November 10, 2014

Togen Akawi bil Bamia

Entri dedikasi untuk Abang Hazri.

Togen Akkawi bil Batates

Togen Akkawi bil Lisan 3asfour

Togen Akkawi bil Basal

Ada lagi tagen akkawi bil bamia. Tagen ni bolehlah kata macam casserole atau stew yang asas kuahnya ialah tomato, kuah yang biasa di Timur Tengah. Tagen yang biasa dibuat atau yang aku jumpa biasanya berlaukkan akkawi atau ekor lembu. Kiranya buat ganti sup ekorlah. Mungkin ada lauk lain, boleh tanya abang Hazri.

Tagen dimasak dalam mangkuk tanah liat, ala-ala clay pot gitu dan dibakar dalam ketuhar. Adapun, disamping ekor dalam kuah itu ada lauk sampingan yang boleh jadi batates (kentang), lisan asfour (lidah burung i.e sejenis pasta), basal (bawang) atau bamia (bendi). Makanan ni boleh jumpa di kedai-kedai menjual makanan berasaskan daging contohnya Ibnu Hameedo di Abou Rish (iklan sket). Semangkuk dah cecah 18 genih. Naik dua genih banding tahun lepas.

Ini mahshi. Mahshi benda-benda yang disumbat. Yakni nasi berempah yang disumbat masuk dalam sayuran. Apa saja sayur selagi boleh sumbat, sumbat. Dari kiri, sumbat dalam filfil rumi (bell pepper), sumbat dalam petola ular atau khiyar (timun), sumbat dalam bitingan (terung) dan yang paling ori, sumbat (atau bungkus) dalam warak inab (daun anggur). Mahshi asalnya makanan Turki yang disebar kerajaan Uthmaniyyah ke seluruh jajahan takluknya.

0 comments:

Post a Comment