Sunday, December 14, 2014

Kuatkan kata dengan berganda

Sejak kewujudan fesbuk, ramai telah terdedah dengan benda alah ini, lamun oleh sebab aku tak ada idea maka aku tak kira aku nak tulis jugak.

Adapun selepas, kata ganda lazimnya digunakan untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Di Tanah Serendah Sekebun Bunga, kata ganda lazim digunakan sebagai penguat (tawkeed atau an adverb enhancing an adjective?) untuk menguatkan kata sifat.

Seperti yang telah ramai tahu, dalam menerangkan rasa
  • manis leting
  • masam purit
  • masin perak
  • tawar heber
  • pahit leper

Dalam menerangkan warna
  • putih sepor, puith suweh
  • hitam lengit
  • biru ketu
  • hijau daung
  • kuning neheng
  • merah merey

Malah yang paling unik, dalam menerangkan tentang sebahagian rukun Islam yang lima
  • Semayang bang
  • Puasa raha
  • Zakat makat
Sebagai peringatan untuk perkataan keras ada dua bentuk iaitu keras kekong dan keras cokeng. Lamun harus diingat keras cokeng tidak boleh digunakan sebarangan kerana ia hanya sesuai untuk satu kegunaan saja. Untuk yang lainnya lain hari kita bincang ...


0 comments:

Post a Comment