Tuesday, August 11, 2015

Boeotia

Gambar tanpa sebarang penambah perisa sebab semua ambil dari tingkap bas yang memacu laju...

Sebagai seorang darat, aku takjub melihat pintu kecemasan bas yang berupa kesemua tingkap bas. Tukul-tukul tersedia demi memecah kaca jendela.

Nampak macam wallpaper Windows XP.

Beoetia, daerah yang sinonim dengan negara kota penuh lagenda, Thebes dan kisah sedih seorang hero penuh tragedi. Panjang kalau nak cerita di sini. Sigmund Freud, doktor jiwa Yahudi Austria, menamakan satu penyakit, Oedipus Complex sempena nama hero ini di mana seorang anak mahukan kasih sayang ibunya secara ekslusif sampai cemburu pada bapanya sendiri selain mahukan bapanya mati sedangkan Oedipus itu maknanya 'Si Kaki Bengkak'.

Untuk kawasan ini aku petik kata-kata Rina pemandu pelancong yang banyak membebel kerana itu sebahagian kerjanya

"At first this place was a lake, then after an earthquake it became a plain, then after another earthquake it became lake again, then after another earthquake it became plain again, then lake, then plain, then lake, then plain, then lake andfinally WE DECIDED to make it a plain and so it is a plain now."

Tugu peringatan pembunuhan berama-ramai Distomo. Selama dua jam tentera Nazi pergi dari rumah ke rumah menikam bayi-bayi dalam buaian dan wanita-wanita mengandung, memenggal paderi-paderi. 218 orang kampung mati demi memuaskan nafsu membalas dendam.

Dalam gaung di bawah lembah inilah, kononnya tempat Oedipus membunuh bapa kandung sendiri yang tak pernah dikenalinya...

Anarki di Athina XVI

0 comments:

Post a Comment